

Klinik Kesihatan Ijok,
45620 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel:
03-32791167


PENGENALAN
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusa Malaysia) dan ia merupakan penjanamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
FAEDAH PERLAKSANAAN EKSA
TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:-
-
Meningkatkan imej korporat
-
Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
-
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
-
Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
-
Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan.
-
Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.
-
Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat.
-
Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif.
-
Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja.
-
Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing).
-
Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses pengeluaran/ pemberian perkhidmatan.
-
Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas.
-
Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti.
-
Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan.
-
Pengurusan kos yang lebih berkesan.
-
Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan.
-
Memudahkan urusan penyelenggaraan.
-
Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan meningkatkan imej korporat organisasi.